Assalam....masih ingat dengan anak didikku dalam entry lepas?Pada 25-26 April yang lalu, mereka menduduki ujian Gerak Gempur 1 anjuran PPD Daerah Rembau...Dan semestinya aku berdebar2 bila mereka ambik kertas 1 dan kertas 2 subjek Matematik nie.
Pada mulanya memang aku cuak kerana ini adalah pengalaman pertamaku mengajar di tahun 6 walaupun ada pengalaman sebelum nie....tetapi ada dan banyak sekali perbezaannya...yelah, setiap tahun format pemeriksaan kertas diedit oleh Lembaga Peperiksaan Malaysai...Aku memang setuju dengan langkah-langkah yang dibuat tetapi pelaksanaannya kurang lah bagi aku....kalau leh, jangan lah setiap tahun formatnya bertukar,bagi tempoh dalam 3 tahun ker or 5 tahun...lepas 2 baru tukar...amacam?
ok...balik semula kepada anak2 murid yang amat kusayangi walaupun ada yang bikin wa panas jer....Alhamdulillah ada perubahan yang berlaku antara mereka...Perbezaan markah x der lah ketara sangat tapi prestasi semakin baik....Mungkin mereka sudah mula faham dan dah kenal perangai aku macam mana...Sejujurnya aku amat sayang pada mereka....Cikgu mana yang x sayang anak2 didiknya...Kalau betul ada, x tau lah den nak cakap aper...
Ha!!lagi satu aku nak komen tentang penyediaan kertas ujian...selama aku 9 tahun dalam arena pendidikan nie, aku tak pernah lagi jumpa atau tengok kertas ujian yang disediakan agak haru biru...mana tak nya, ada rajah yang kurang sempurna bentuk dan sifatnya....terjemahan bahasa melayu yang agak sedih, penggunaan struktur ayat Ya Allah...kesian dengan anak2 murid aku...dah lah mereka lemah dalam subjek nie,dapat lak kertas ujian yang langsung tak standard...seolah2 buat penyediaan kertas 2 dalam keadaan tergesa2.....sungguh x baik orang 2....
Markah? huhuhu...part nie yang lemah....x der sorang pun lulus....paling tinggi 26....tapi aku tetap bangga dengan mereka....mereka dah cuba ingat formula yang aku bagi kat diaorang tapi salah tempat dan soalan jer....maknanya mereka faham gak apa yang aku ajar...Alhamdulillah....
Insya Allah, aku akan cuba bendtuk dan didik mereka supaya peningkatan nie akan berjalan dengan lancar....Ya Allah!!!perkenan kan doa hambaMu ini...Aminnnnn.....
No comments:
Post a Comment